JUN 2025

Parlimen Petra Jaya Sumbangkan 58 Ekor Lembu Ibadah Korban


GEDONG: Sarawak kini memperkenalkan sistem ternakan moden berasaskan 'feedlot' yang menggunakan sisa kilang sawit sebagai makanan haiwan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu dalam usaha menurunkan kos dan mengurangkan kebergantungan terhadap import daging.

Sebagai contoh katanya, projek perintis di Lubok Antu yang memanfaatkan biojisim dan kernel sawit milik SALCRA menunjukkan hasil memberangsangkan.

“Dengan makanan ternakan berkualiti dari sumber tempatan, kita bukan sahaja jimat kos, tapi juga dapat hasilkan haiwan yang lebih sihat dan bernilai tinggi,” katanya selepas majlis penyerahan lembu dan daging korban di Kampung Gedong, hari ini.

Beliau menjelaskan, jika berjaya, lebih 30 kilang sawit di Sarawak boleh digunakan untuk menghasilkan makanan ternakan secara berterusan, seiring dasar pertanian baharu negeri yang menekankan ekonomi kitaran.

“Kita mahu hentikan kebergantungan pada import lembu dari Australia yang mahal akibat cukai dan tukaran mata wang. Ini juga langkah jangka panjang untuk stabilkan harga daging di pasaran,” ujarnya.

Ketika ini, harga daging di Sarawak antara tertinggi di negara ini, mencecah sehingga RM96 sekilogram, berbanding purata RM64 sekilogram dan hanya RM27.72 di Kelantan.